Sunday, September 13, 2009

Menjawab Golongan Anti Hadith, Jawapan kepada Kahar bin Ahmad yang Sudah Terpesong Jauh.



Ada 7 bahagian video. Semoga usaha saya yang dhaif ini bermanfaat buat semua. Amin ya Allah.


ANTARA ISI KANDUNGANNYA:

Benarkah Rasulullah saw hanya mengajarkan al-Quran?
Benarkah Rasulullah melarang menulis hadith?
Benarkah umat Islam hanya berpandukan al-Quran tanpa hadith?
Benarkah al-Quran sudah ditokok-tambah?
Al-Quran terpelihara kerana bahasa ataupun Kod 19?
Kod 19 ada dinyatakan dalam al-Quran?
Benarkah "Al-Mudaththir" bermaksud "Rahsia yang Terpendam"?
Benarkah "Bismillah..." ada 19 huruf?
Benarkah solat umat Islam hanya 3 waktu sehari semalam?
Benarkah kiamat akan berlaku pada tahun 2280?
Benarkah Nabi Muhammad bukan rasul terakhir?

Daripada Miqdaam bin Madiikarib radiallhuanhu berkata: Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadith daripada hadithku, maka ia (orang itu) berkata: Pegangan kami dan (pegangan) kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) saja. Apa yang dihalalkan oleh al-Quran kami halalkan dan apa yang ia (al-Quran) haramkan kami haramkan. (Kemudian Nabi saw melanjutkan sabdanya): Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt.

Ajaran Kahar bin Ahmad memang seorang yang amat dikenali sebagai anti-hadith. Kahar telah mendustakan hadith Rasulullah (saw) yang sahih kerana sifat tamaknya, sifat kufurnya, sifat sombong serta ego. Video audio ini sebagai salah satu usaha dakwah yang dapat menyedarkan para pengikut Kahar serta umat islam seluruhnya. Insya-Allah.

2 comments:

  1. salam saudara...
    semoga perjuangan dkwah diberkati allah..sesungguhnya cabaran pada akhir zaman ini mmg byk..apakah daya kita ni masih lg jahil dgn keselesaan dunia yg hnya mnipu smata2...apa guna kite maki hamun depa yg sesat ni (mcm dlm blog pesakit khahar ni)..sedangkan nabi tk ajr kita mghina org lain.sboleh2nya kita dkwah kpd dia.klo msh dgil kita doa.mmg klo ikot hukum ley pncung.tp mslhnya dia tk dijumpai smpai skg..itulah kita pd akhir zmn ni..tp,..sy fkr allah mnjdkan pkra spt ni nk suh mnsia ni bsatu..mnusia n islam kini bpecah belah...bila ada isu bru nk pakat2 sedar...

    senang2 lawatlH BLOG ANA,...

    http://carecampusmalaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. macamanalah si kahar ni boleh jadi sesat?a

    jarang anak melayu yg jadi bengong macam dia, kena hasutan setan ler tu. akai songsang dan jahil murakkab.

    ReplyDelete