Saturday, September 19, 2009

DUA LELAKI MENCARI SYURGA


Dua kisah di bawah ini perlu dijadikan iktibar……….

KISAH PERTAMA

Kehangatan cahaya matahari pijar membakar kulit.Nabi Musa duduk di bawah sebatang pokok dan meneguk air buat penghilang dahaga.Kakinya terasa lenguh selepas menempuh satu perjalanan yang amat jauh.

Sambil mengelap titis-titis peluh yang bermanik di dahi,Nabi Musa memandang warga kampung yang lalu-lalang di hadapannya.Seketika kemudian dia bangun menghampiri seorang tua.

“Saudara,”Nabi Musa menyapa,”Betulkah ada seorang lelaki meninggal dunia di sini dalam sehari dua ini?”

“Betul…adakah dia ahli keluarga kamu?”tanya lelaki tua itu.

“Oh…tidak,tidak.Tapi betulkah mayat itu tak disempurnakan,tapi dicampakkan ke dalam sampah dan kotoran?”

“Betul,”jawab penduduk kampung itu.”Itulah tempat yang paling layak untuknya.”

Nabi Musa terperanjat mendengar kata-kata lelaki tersebut.”Tapi kenapa?”

“Sebab hidupnya keji,”balas lelaki tua dengan mencebikkan muka.

Tambah lelaki tua itu,si mati semasa hidupnya tidak lekang daripada maksiat.Arak,judi dan merompak sudah menjadi darah dagingnya.Kalau nampak wanita,dia akan mencari jalan untuk merosakkannya hingga berjaya.

Akibat sifat kejinya itu,lelaki tersebut dibenci oleh seluruh penduduk kampung.Maka apabila dia meninggal dunia,penduduk kampung tidak mahu menguruskan mayatnya.Malah mereka mengheret,kemudian menghumbannya ke dalam longgokan sampah dan kotoran.

Atas permintaan Nabi Musa,beliau dibawa ke kawasan timbunan sampah dan kotoran,tempat mayat lelaki berkenaan terbongkang seperti bangkai.Sebaik melihat keadaan mayat yang telah kejang,busuk dan bersempudal kotoran jijik,Nabi Musa termenung.

Nabi Musa bermunajat kepada Allah dan bertanya,mengapa beliau diperintahkan supaya menyembahyang dan mengebumikan mayat lelaki itu

sedangkan kawan dan jiran-jiran semuanya mengatakan dia adalah sejahat-jahat manusia.Mengapakah Allah memandang lelaki itu begitu istimewa?

Tatkala itu turunlah wahyu daripada Allah bagi menjawab pertanyaan Nabi Musa;”Wahai Musa,memang benar apa yang dikatakan oleh orang itu.Tetapi sewaktu hampir saat kematian lelaki ini,dia meminta syafaat dari-Ku dan tiga perkara lain.Ketahuilah wahai Musa,andai kata semua orang yang berbuat dosa tersebut turut memohon syafaat tiga perkara itu kepada-Ku,Aku pasti akan memenuhinya.Bagaimana Aku tidak simpati sedangkan dia memohon kepada-Ku dengan sepenuh hati.”

“Ya Allah,apakah tiga perkara itu?,”tanya Nabi Musa.

Pertama,kata Allah,dia insaf dan memohon supaya dosanya diampuni.Menurut lelaki itu,walaupun saban hari melakukan kejahatan,namun sebenarnya di dalam hati,dia amat benci kepada maksiat.

Bagaimanapun,dia tidak dapat berhenti daripada melakukan perbuatan keji kerana di dalam dirinya terdapat tiga perkara yang amat dibencinya.Tetapi tiga perkara itulah yang mendorong beliau terus melakukan maksiat.Tiga perkara itu adalah nafsu,kawan-kawan yang jahat serta iblis.

Tambah lelaki tersebut,biarpun melakukan perbuatan mungkar,dia sebetulnya lebih sayangkan para solihin.Malah dia lebih suka menerima kunjungan para solihin dan menjadikan kediamannya sebagai tempat berkumpul alim ulama hinggakan jika ada orang-orang soleh memerlukan bantuannya,lelaki itu mendahulukan mereka berbanding kawan-kawannya yang berperangai keji.

Seterusnya lelaki itu merayu di hujung hayatnya,”Ya Allah,andai kata Engkau mengampuni segala dosaku,maka akan bergembiralah para kekasih dan nabi-nabi-Mu,dan susah hatilah syaitan yang menjadi musuh-Mu.Jika Engkau menyeksa aku kerana banyaknya dosa,maka syaitan dan iblis bergembira sedangkan para nabi dan wali-Mu berasa sedih dan kecewa.

“Sesungguhnya aku tahu bahawa gembiranya para wali lebih Engkau senangi daripada gembiranya syaitan dan sahabatnya.Aku berharap semoga Engkau mengampuniku.Berilah kasih sayang-Mu kepadaku.”

Justeru kerana keikhlasan lelaki itu mengakui segala kesilapannya,Allah mengampunkan dosa-dosanya.Lantas Allah memerintahkan Nabi Musa supaya melakukan apa yang telah diperintahkan kepadanya.Malah atas kemuliaan lelaki tersebut,Allah mengampunkan dosa orang-orang yang menyembahyang dan mengebumikan jenazahnya.

“Sesungguhnya lelaki itu adalah wali dan kekasih-Ku,”kata Allah.

KISAH KEDUA

Raja Rom merenung wajah Syeikh Ibnu Saqa’ yang duduk di hadapan baginda.Dalam hatinya berkata,wajarlah lelaki itu diutuskan oleh khalifah kerajaan Islam untuk menemuinya bagi merapatkan hubungan antara kedua-dua kerajaan.

“Ilmunya tinggi,kefasihan dalam hukum-hakam dan kearifannya dengan isi al-Quran tak berupaya dicabar,”kata Raja Rom sendirian.

Baginda kagum kerana walaupun disoal bertalu-talu dengan pelbagai muslihat oleh pegawai istana dan pendeta Nasrani,Ibnu Saqa’ menjawabnya dengan mudah.Malah jawapannya bersandarkan hadis dan firman itu tidak mampu dipatahkan semula.

“Imannya bagaikan tembok besi,”Raja Rom berkata-kata di dalam hati.Dalam diam,baginda memikirkan sesuatu.

Ibnu Saqa’ kemudiannya diberikan tempat tinggal yang mewah dan Raja Rom menugaskan puterinya menggoda Ibnu Saqa’.Katanya,iman Ibnu Saqa’ mesti dirobohkan.

Dengan kecantikan paras rupanya,mudah sahaja puteri tersebut mencairkan jiwa Ibnu Saqa’.Digodanya lelaki tersebut habis-habisan hingga imannya mencair selapis demi selapis.

Kian hari,gelora hati Ibnu Saqa’ tambah menggegar.Tubuh puteri yang menggiurkan,senyuman manis,mata galak serta kulitnya yang putih bersih membuatkan Ibnu Saqa’ tidak tentu arah.

Rindu dendamnya terhadap sang puteri akhirnya tidak terbendung lagi.Lantas beliau menemui Raja Rom dan menyampaikan hasrat untuk memperisterikan puteri baginda.

“Boleh,tapi dengan satu syarat,”kata Raja Rom.

“Katakanlah,saya sedia menunaikannya.”Ibnu Saqa’ pantas membalas.

“Tinggalkanlah agamamu dan masuklah Nasrani.”

Di kala itu Ibnu Saqa’ terdiam.Seluruh tubuhnya menggeletar,jantungnya bagai direntap.Akal fikiran Ibnu Saqa’terasa melayang dan pandangannya gelap seketika.

Dalam keadaan serba salah,Ibnu Saqa’ terkenangkan segala ilmu yang dipelajarinya bersama ulama-ulama terbilang.Begitu juga dengan sahabat karibnya,Syeikh Abdul Qadir Jailani dan Syeikh Abu Sa’id Abdullah Abi Asrun.Malah masih terasa kemanisan ketika mereka bertiga bermusafir ke segenap rantau untuk belajar dengan alim ulama.

Ibnu Saqa’ menghela nafas.Setiap ayat suci al-Quran,yang semua dihafalinya,berlegar di fikiran.Amal ibadah yang tekun ditunaikannya siang dan malam bagai mengikat mindanya supaya mengatakan ‘tidak’.Kalau dituruti kehendak Raja Rom itu bermakna sia-sialah ilmu yang dipelajarinya selama ini.

“Macam mana Ibnu Saqa’?”soal Raja Rom mengejutkan lamunan Ibnu Saqa’.

“Baiklah tuanku,”jawab Ibnu Saqa’.”Saya akan tinggalkan Islam dan memeluk Nasrani.”

Raja Rom tersenyum lebar.Rancangannya sudah berjaya.Ibnu Saqa’ kemudiannya dikahwinkan dengan puteri Raja Rom.Tertunailah impian Syeikh Ibnu Saqa’ untuk beristerikan puteri Raja Rom.

Beberapa tahun kemudian,beberapa orang rakan Ibnu Saqa’ pergi ke pasar kota Rom.Kalau dulu mereka terkejut dengan berita lelaki itu keluar dari Islam,kali ini mereka terkejut pula kerana terserempak dengan Ibnu Saqa’ dalam keadaan daif di tengah pasar.Bajunya compang-camping,hapak dan koyak rabak.badannya hamis dan kurus kering.

Apabila ditanya,Syeikh Ibnu Saqa’ memberitahu,Raja Rom membuangnya ke situ sebaik sahaja beliau sakit dan tidak berdaya.

“Saya terpaksa cari rezeki,makan dan minum sendiri,”kata Ibnu Saqa’ dengan lemah.

“Adakah awak masih hafal al-Quran?”seorang kenalannya bertanya.

“Tidak…”jawab Ibnu Saqa’.

“Tidak??!!”soal kenalan itu seolah-olah tidak percaya.

Kian hari keadaan Ibnu Saqa’ tambah tenat dan ketika hayatnya semakin sampai ke penghujung,rakan-rakan memalingkan muka Ibnu Saqa’ ke arah kiblat.Namun lelaki itu pantas mengalih mukanya ke arah lain.Sampailah Izrail dating mencabut nyawanya,Ibnu Saqa’ tetap tidak mahu memandang ke arah kiblat.

Akhirnya,kembalilah seorang ilmuan Islam yang dulunya hafiz al-Quran dan dihormati alim ulama,sebagai seorang kufur.Dia ditewaskan oleh seorang wanita..

KESIMPULANNYA

Mati itu benar,syurga dan neraka itu juga benar.Di mana seseorang itu akan ditempatkan kelak,ia adalah urusan Allah.Biarpun demikian,orang yang hidupnya gemar melakukan perbuatan keji dan maksiat tidak boleh sama sekali dikatakan bakal menghuni neraka.Samalah keadaannya,orang yang tidak lekang daripada melakukan amal makruf belum tentu akan ditempatkan di syurga.Amalan semasa hayat bukan jaminannya…..

SUMBER:- 1)Kisah-Kisah Teladan

2)Majalah Mastika (Mac 2002)

Thursday, September 17, 2009

Peristiwa Rasul Penuh Keraguan Melayu (Kahar bin Ahmad Jalil) Ditangkap JAIS


Rabu September 16, 2009 'Rasul Melayu' tidak puasa semasa ditangkap - Pengarah JAIS

SHAH ALAM: Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad sedang makan sambil menonton televisyen ketika ditangkap oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam (JAIS) Selangor pagi tadi.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika mendedahkan demikian juga berkata, Abdul Kahar cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di sebuah rumah dekat Sungai Long, Kajang.

"Semasa kita nak tangkap, dia tengah makan, tengok televisyen, bila kita nak tahan dia cuba nak lari, tapi kita berjaya kepung... Rasul Melayu pun tak puasa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Kahar, 59, berjaya ditangkap setelah usaha memburunya dilakukan sejak Isnin lalu berdasarkan maklumat orang awam.

"Kita kesan dia di Sungai Long, setelah beliau berpindah ke sana, kita dapat maklumat dari orang awam mengesahkan yang dia telah berpindah ke Sungai Long.

"Jadi kita buat intipan beberapa hari untuk sahkan dia memang ada di situ dan kita buat serbuan pagi tadi," katanya.

Menurut beliau, ketika serbuan dibuat, anak lelaki Abdul Kahar yang dikenali sebagai Zulhelmi serta orang gaji mereka turut berada dalam rumah tersebut.

Abdul Kahar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini tengah hari tadi dan diperintahkan supaya ditahan sehingga tarikh perbicaraan akan datang.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad mengeluarkan arahan itu selepas membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abdul Hamid agar Abdul Kahar, 59, ditahan kerana beberapa kali gagal hadir pada perbicaraan kesnya walaupun waran tangkap telah dikeluarkan.

Mahkamah turut menetapkan 24 September ini untuk sebutan bagi menyambung waran tahanan terhadapnya.

Dalam sidang media yang sama, Mohammed Khusrin juga memaklumkan pihaknya kini sedang mengumpulkan maklumat untuk mengambil tindakan terhadap anak lelaki Abdul Kahar yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran sesat melalui internet.

"Kita akan ambil tindakan terhadap Zul (Zulhelmi) kerana sekarang ini risalah-risalah mengenai ajaran sesat mereka disebarkan melalui internet.

"Mereka sebarkan melalui internet...ada laman blog sendiri, kita tunggu masa, bila kita dah cukup bukti kita akan ambil tindakan," katanya.

BERITA TERDAHULU 'Rasul Melayu' ditahan

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah hari ini mengeluarkan perintah tahanan terhadap pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad, sehingga dibicarakan pada 7 Oktober depan.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad memutuskan perkara tersebut selepas membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukor Abdul Hamid agar Abdul Kahar, 59, ditahan kerana beberapa kali gagal hadir pada perbicaraan kesnya walaupun waran tangkap telah dikeluarkan.

Bagaimanapun perintah tahanan yang dikeluarkan hari ini hanya sah sehingga tempoh lapan hari.

Oleh itu hakim menetapkan pada 24 September depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes berkenaan untuk pihak pendakwaan mengemukakan permohonan melanjutkan perintah tahanan.

Abdul Kahar ditahan Jabatan Agama Islam Selangor, (JAIS) di rumahnya dekat Sungai Long, Kajang kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.

Dia kini ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Dia dituduh buat pertama kali di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 2005 atas lima tuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Dalam prosiding hari ini, Abdul Shukor berkata kehadiran Abdul Kahar di mahkamah bukan atas kerelaan atau kesedarannya tetapi kerana telah ditangkap oleh penguatkuasa JAIS. Oleh itu, mahkamah perlu mengeluarkan waran tahanan terhadapnya sehingga tarikh perbicaraan akan datang pada 7 Okt ini.

"Tertuduh banyak kali mengelak untuk hadir ke mahkamah. Walaupun tindakan menahan tertuduh boleh memudaratkan kesihatannya tetapi mahkamah perlu pandang satu lagi kemudaratan lebih besar (iaitu) kepada agama Islam jika tertuduh dijamin," katanya.

Abdul Kahar mendakwa kegagalannya hadir pada perbicaraan sebelum ini disebabkan dia menerima beberapa ugutan bunuh sehingga terpaksa melarikan diri.

Tertuduh berkata sehingga kini dia juga masih gagal mendapatkan khidmat peguam dan memohon mahkamah memberi peluang kepadanya untuk mencari peguam bagi mewakilinya.

"Saya merayu agar mahkamah membenarkan saya dijamin bagi membolehkan saya menyambut hari raya bersama keluarga. Saya bukan nak mengelak tetapi takut dengan ugutan bunuh dan sekiranya saya ditahan saya tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab saya kepada keluarga.

"Saya berjanji jika saya dijamin saya tidak akan melakukan apa-apa tindakan termasuk sebar risalah dan juga akan menghadiri perbicaraan," katanya.

Peguam pemerhati bagi Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar ketika merujuk dakwaan ugutan bunuh yang diterima tertuduh berkata, sekiranya tertuduh ditahan dalam penjara, keselamatannya akan terjamin kerana akan dikawal sepanjang masa berbanding jika dia berada di luar tahanan.

Abdul Kahar dituduh telah menyatakan, mendakwa dan mengisytiharkan diri sebagai "Rasul orang Melayu di zaman ini" sedangkan penyataan dan dakwaan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Dia juga didakwa menjelaskan doktrin palsu yang bertentangan dengan hukum syarak berhubung agama Islam, antaranya menyatakan sembahyang hanya cukup sekadar mencegah daripada membuat perkara keji dan mungkar dan ibadah haji pula sia-sia dan merugikan.

Bagi tuduhan ketiga, Abdul Kahar didakwa mengingkari dan melanggar arahan Mufti iaitu masih menjelaskan amalan dan mengajar Ajaran Kahar Ahmad sedangkan ia telah difatwakan sebagai menyeleweng daripada Islam.

Pertuduhan keempat menyebut bahawa tertuduh didakwa telah mempersendakan amalan Islam dengan menyatakan: "Ibadah haji ialah perkara yang diada-adakan oleh kerajaan Arab Saudi dengan tujuan mengaut keuntungan" dan "Buat apa sembahyang tunggang-tonggek, membebel sendirian dan ia umpama orang mabuk dan berjudi".

Abdul Kahar juga dituduh menyebarkan pendapat dan ajaran, antaranya rasul tidak benar, yang bertentangan dengan hukum syarak dan fatwa yang masih berkuat kuasa di Selangor.

Tertuduh, yang tidak bekerja, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman bernombor 44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Hulu Klang, antara 19 Mei dan 23 Jun 2005

Tuesday, September 15, 2009

'Rasul Melayu' akhirnya ditahan JAIS

'Rasul Melayu' akhirnya ditahan Jais



















ABDUL Kahar Ahmad Jalal atau dikenali sebagai Rasul Melayu, yang dikehendakki oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

SHAH ALAM: Selepas lebih tiga tahun melarikan diri daripada dibicarakan atas tuduhan mengaku sebagai Rasul Melayu, menyebarkan doktrin palsu, menghina Islam, dan menghina pihak berkuasa Islam, akhirnya Abdul Kahar Ahmad ditahan, pagi tadi.

Tertuduh ditahan sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas melarikan diri ke rumah barunya di Sungai Long, Kajang.

reference: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090916123930/Article/index_html

Syukran Ghazilan Ya Geng 26... Blog Kahar "Rasul Keraguan" yang telah Menghina Al Quran dan Mencaci Cerca Nabi Muhammad (saw) kini telah dihapuskan.

Monday, September 14, 2009

MOVIE TAULADAN TENTANG RASUL PALSU



KISAH TAULADAN DARI FILEM INDONESIA. SUNGGUH BERGUNA. ADA 10 BAHAGIAN SEMUANYA. INSYAALLAH BERGUNA

Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda:



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُبْعَثَ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ قَرِيبٌ مِنْ ثَلَاثِينَ كُلُّهُمْ يَزْعُمُ أَنَّهُ رَسُولُ اللَّهِ (البخاري ومسلم)

“Kiamat tidak akan terjadi sebum muncul para dajjal pendusta yang hampir mencapai 30 orang, masing-masing mengaku bahwa dirinya adalah Rasulullah”. (Bukhari-Muslim)



عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ....... وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَلْحَقَ قَبَائِلُ مِنْ أُمَّتِي بِالْمُشْرِكِينَ وَحَتَّى تَعْبُدَ قَبَائِلُ مِنْ أُمَّتِي الْأَوْثَانَ وَإِنَّهُ سَيَكُونُ فِي أُمَّتِي كَذَّابُونَ ثَلَاثُونَ كُلُّهُمْ يَزْعُمُ أَنَّهُ نَبِيٌّ وَأَنَا خَاتَمُ النَّبِيِّينَ لَا نَبِيَّ بَعْدِي (أبو داود والترمذي)

“…Dan tidak terjadi hari kiamat sampai bangsa-bangsa (suku-suku) dari umat-Ku menjadi musyrik dan sampai bangsa-bangsa (suku-suku) dari umatku menyembah berhala-berhala. Dan sesungguhnya akan ada pada umatku 30 pendusta, masing-masing mereka mengaku bahwa dirinya adalah Nabi, dan aku adalah penutup para nabi. Tidak ada nabi setelahku”. (HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Sunday, September 13, 2009

Menjawab Golongan Anti Hadith, Jawapan kepada Kahar bin Ahmad yang Sudah Terpesong Jauh.



Ada 7 bahagian video. Semoga usaha saya yang dhaif ini bermanfaat buat semua. Amin ya Allah.


ANTARA ISI KANDUNGANNYA:

Benarkah Rasulullah saw hanya mengajarkan al-Quran?
Benarkah Rasulullah melarang menulis hadith?
Benarkah umat Islam hanya berpandukan al-Quran tanpa hadith?
Benarkah al-Quran sudah ditokok-tambah?
Al-Quran terpelihara kerana bahasa ataupun Kod 19?
Kod 19 ada dinyatakan dalam al-Quran?
Benarkah "Al-Mudaththir" bermaksud "Rahsia yang Terpendam"?
Benarkah "Bismillah..." ada 19 huruf?
Benarkah solat umat Islam hanya 3 waktu sehari semalam?
Benarkah kiamat akan berlaku pada tahun 2280?
Benarkah Nabi Muhammad bukan rasul terakhir?

Daripada Miqdaam bin Madiikarib radiallhuanhu berkata: Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadith daripada hadithku, maka ia (orang itu) berkata: Pegangan kami dan (pegangan) kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) saja. Apa yang dihalalkan oleh al-Quran kami halalkan dan apa yang ia (al-Quran) haramkan kami haramkan. (Kemudian Nabi saw melanjutkan sabdanya): Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt.

Ajaran Kahar bin Ahmad memang seorang yang amat dikenali sebagai anti-hadith. Kahar telah mendustakan hadith Rasulullah (saw) yang sahih kerana sifat tamaknya, sifat kufurnya, sifat sombong serta ego. Video audio ini sebagai salah satu usaha dakwah yang dapat menyedarkan para pengikut Kahar serta umat islam seluruhnya. Insya-Allah.

Pembongkaran Kesesatan




Saturday, September 12, 2009

Pihak Yang Benar -Kahar Ahmad-

Apakah bukti pihak Kahar Ahmad (Rasul Palsu Penuh Keraguan) ini berada di pihak yang benar sekiranaya Kahar sendiri yang mendustakan Surah Al-Israk yang memberi tahu kepada muslim seluruhnya tentang kebenaran Israk Mikraj Muhammad (saw).

Sila rujuk Surah Al-Israk iaitu perihal peristiwa Israk Mikraj Rasulullah (saw).

Yang terlibat dalam peristiwa bersejarah ini pastinya Allah (swt), Para Rasul, dan Malaikat Jibrail. Sekiranya persoalan demi persoalan Kahar tujukan mengenai Israk Mijraj Muhammad (saw), pastinya Kahar telah tersesat jauh. Kesesatan yang teramat pasti kerana Kahar telah meragui kesahihan Al Quran serta sudah hilang kepercayaan terhadap Allah (swt), Para Rasul dan Malaikat Jibrail yang turut terlibat di dalam peristiwa tersebut.

Rukun Iman (asas kepercayaan umat islam seantero dunia) mewajibkan kita mempercayai 6 Perkara iaitu:
  1. Percaya kepada Allah (swt)
  2. Percaya kepada Para Malaikat
  3. Percaya kepada Kitab-Kitab yang diturunkan
  4. Percaya kepada Para Rasul
  5. Percaya kepada Hari Kiamat
  6. Percaya kepada Qada' dan Qadar
Jika, Kahar sudah terang-terangan mendustakan Surah Al-Israk, Kahar telah jauh tersesat kerana dia telah tidak mempercayai Allah (swt), Para Rasul, Malaikat serta apa yang telah diturunkan di dalam kitab suci Al Quran. Masih Islamkah Kahar?

Yang Pasti, Kahar sudah terbatal Iman.

Sunday, September 6, 2009

Tuntutan Mengarut IFC (Suruhanjaya Antara Agama)


Berikut merupakan TUNTUTAN yang terkandung dalam Memorandum Penubuhan
IFC:


1.Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam, TIDAK secara
automatik menjadi orang Islam

2.Orang2 bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah
diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan
tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang

3.Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan islam tidak
sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh
Mahkamah Sivil

4.Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan (mykad) seseorang
Muslim bahwa ia beragama Islam

5.Orang bukan Islam tidak perlu dikhendaki menganut Islam sekiranya
ingin berkahwin dengan orang Islam.Orang Islam hendaklah dibenarkan
keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang
bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6.Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan
memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7.Orang2 yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan
seseorang yang memeluk Islam, hendaklah diberikan hak menuntut harta
pusakanya selepas kematiannya

8.Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan
menyelenggara rumah2 ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan
menyediakan dana serupa untuk Masjid.

9.Orang2 bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang
daripada menggunakan perkataan2 suci Islam dalam percakapan dan
sebagainya

10.Bible dalam bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia sepatutnya
dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka

11.Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah
diajar di semua sekolah.

12.Program2 berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah
ditiadakan.Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah
dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing2

13.Orang2 Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan
daripada membayar cukai pendapatan

14.Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat
Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar
sekolah

Sila beri komen anda semua tentang tuntutan ini...


Saturday, September 5, 2009

Memakai Serban dan Kopiah


Memakai serban dan kopiah adalah sebahagian daripada Sunnah Nabi, ini berdasarkan sabdanya:

Sabda Rasulullah SAW:

دخل النبي صلى الله عليه وسلم مكة يوم الفتح و عليه عمامة سوداء

Maksud: “Nabi SAW memasuki Kota Mekah sewaktu pembebasan Mekah, baginda memakai serban hitam”.

Pemakaian serban dan kopiah sudah sinonim dalam masyarakat Islam di seluruh dunia dan ia juga telah dijadikan amalan seharian masyarakat walaupun di luar urusan ibadah terhadap Allah.

PANDANGAN ULAMA’ TERHADAP SERBAN & KOPIAH

Firman Allah Taala dalam Surah Al-A’raf ayat 31

Bermaksud :
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadah ( atau mengerjakan sembahyang ) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”.

Menurut Imam al-Mawardi, maksud berhias di dalam sembahyang ialah memakai secantik-cantik pakaian . Manakala menurut pendapat Imam Abu Hayyan, zahir ayat di atas menunjukkan bahawa berhias dengan secantik-secantik pakaian (termasuklah memakai songkok dan berserban) bukan sahaja dituntut di dalam sembahyang bahkan di luar waktu sembahyang (setiap masa dan ketika) .

Menurut Sheikh Mahmud Syaltut, ketika memberi jawapan kepada soalan berhubung dengan sembahyang tanpa serban, kopiah atau songkok di kepala, beliau berpendapat tidaklah menjadi syarat sah sembahyang dengan menutup kepala atau tidak dan tidak pula disyaratkan jikalau untuk menutup kepala mesti dengan penutup khas. Walaupun begitu, bagi seseorang Islam eloklah dia bersembahyang dengan memakai serban, kopiah atau songkok dengan syarat tidak menutup dahi ketika sujud.

At- Tarmizi dan Muslim meriwayatkan daripada Ja’far bin ‘Amrin bin Huraith, daripada bapanya katanya:

رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وعليه عمامة سوداء قد أرخى طرفيها بين كتفيه

Maksud: “Aku melihat Rasulullah SAW di yang memakai serban hitam di mana Baginda melabuhkan kedua hujungnya di antara dua bahunya”.

Berkata pengarang kitab Al-Mishbah : Hassan bin Ali dan Ibnu Zubair pernah memakai serban hitam ketika berkhutbah dan begitu juga Anas, Muawiyah, Ammar dan lain-lain lagi. Dan adalah Sa’id bin Musayyib memakai serban hitam pada hari raya puasa dan haji.

Berdasarkan yang demikian, sebahagian ulama berpendapat tidak perlu mengkhususkan dirinya dengan memakai serban hitam sama ada hari Jumaat atau hari-hari yang lain.

Berkata Imam Nawawi : “Memakai warna putih adalah lebih utama. Dan serban putih adalah lebih sesuai sebagai perhiasan para ulama’ pada zaman ini”.



Muslim, At-Tirmizi dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Jabir R.A. katanya :

إن النبي صلى الله عليه وسلم دخل مكة وعليه عمامة سوداء

Maksud : “Bahawasanya Nabi S.A.W. memasuki kota Makkah dengan memakai serban hitam.

Dalam hadis Jabir R.A. di atas, Rasulullah SAW memasuki kota Makkah dengan memakai serban hitam dan hadis ini tidak pula menyebutkan adanya ekor serban di antara kedia-dua bahu baginda.

Berkata Ibnu Qayyum : Hadis Jabir ini menunjukkan Baginda SAW tidak selamanya menjuntaikan ekor serban baginda. Selain daripada itu, Baginda juga terkadang melilitkan sebahagian serban itu ke bawah dagu, yang di antara tujuannya ialah menjaga supaya serban itu tidak jatuh dari kepala. Dan tercapailah tujuan memakai serban itu dengan mana-mana cara sekalipun.

Menurut Sheikh Muhammad Rasyid Reda, erti serban sebagaimana yang telah disebutkan oleh sesetengah orang ialah setiap apa yang diikat di kepala sama ada di bawah kopiah, atau di atas songkok, atau yang dililitkan ke atas kopiah, atau sebagainya.

Sheikh Muhammad Rasyid Reda pernah ditanya adakah memakai serban itu sunnah rasulullah SAW dan adakah orang yang memakai serban itu mendapat pahala. Untuk menjawab soalan itu, beliau memberikan jawapan berikut :
”Telah tsabit dalam hadith bahawa Nabi SAW terkadang :
1. memakai serban di atas kopiah, dan inilah sering berlaku
2. memakai serban tanpa kopiah
3. memakai kopiah tanpa serban
Di akhir jawapannya, beliau berkata: Walaupun tidak ada datang perintah atau sumber hukum (yang kuat) supaya mewajibkan memakai serban atas dasar sebagai salah satu hukum agama dan syariat, tetapi barangsiapa yang memakainya dengan niat menyerupai cara Rasulullah SAW berpakaian dan sebagai tanda kasih kepada Baginda SAW, tentulah niat ini mendapat ganjaran pahala.”

Sabda Rasulullah SAW:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يلبس العمامة على القلانس

Maksud : “Sesungguhnya Rasulullah SAW memakai serban bersama kopiah”.

Imam Sayuti Rahimahullah berkata : “Apa yang disebutkan di atas menunjukkan bahawa yang dipakai oleh Nabi SAW dan sahabat RA di bawah serban ialah al-Qalansuah atau kopiah. Kalimat Kopiah yang disebutkan pula menunjukkan bahawa ianya adalah lebih menyerupai sesuatu yang diperbuat dari jenis kain kapas dan bulu.

Al-Baihaqi pernah meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW memakai kopiah putih. Ini menjelaskan bahawa pemakaian kopiah juga adalah sunnah Rasulullah SAW.

Date: 18.5.08 | Subject: General News

23 Jun 2005: Ketua kumpulan ajaran sesat, Abdul Kahar membuat pengakuan terbuka mendakwa dilantik Tuhan sebagai rasul khusus untuk orang Melayu serta mempunyai syafaat menjamin pengikutnya masuk syurga.

23 Jun 2005: Pihak berkuasa menahan Abdul Kahar yang mengaku sebagai utusan Tuhan dan dua pemimpin kanannya dalam tiga serbuan berasingan di Hulu Klang, Subang Jaya dan Puchong.

23 Jun 2005: Dua pegawai kerajaan dari Jabatan Pelajaran dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membayar wang jaminan, sekali gus membebaskan sementara Abdul Kahar yang ditahan di Balai Polis Hulu Klang.

27 Julai 2005: Abdul Kahar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di atas lima tuduhan mengikut mengikut Seksyen 7, 8 (a), 10 (b), 12 dan 13 Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

more...

17 Ogos 2005: Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan Abdul Kahar dibebaskan dengan ikat jamin selepas dua penjamin kakitangan kerajaan Kumpulan A membayar wang jaminan sebanyak RM8,000 seperti dikehendaki mahkamah.

25 Oktober 2005: Pengikut Abdul Kahar yang berang dengan penangkapan pemimpin mereka menghantar surat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) meminta ‘rasul baru’ dilantik menggantikan pemimpin mereka.

15 Februari 2006: Perbicaraan Abdul Kahar ditangguh buat kali ketiga selepas tertuduh mendakwa baru mendapat khidmat peguam sivil bagi memfail permohonan mempertikaikan semua dakwaan yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Tinggi Syariah.

22 Mac 2006: Mazli dan Mat Razali dinasihatkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam supaya melantik peguam secepat mungkin atau terpaksa menghadapi perbicaraan tanpa diwakili peguam selepas kes mereka enam kali ditangguhkan.

3 Januari 2007: Abdul Kahar dan dua pengikutnya, Mazli Mansor, 47, dan Mat Razali, 42, dibenar mengemukakan permohonan di Mahkamah Persekutuan mencabar kesahihan lima peruntukkan dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

28 Ogos 2007: Mahkamah Persekutuan membenarkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menjadi pencelah dalam permohonan Abdul Kahar yang mencabar kesahihan lima peruntukan enakmen syariah Selangor.

5 Mac 2008: Pengikut Abdul Kahar, Azanam Mohd Yusof, didakwa di mahkamah kerana didapati mengisytiharkan Abdul Kahar sebagai ‘Rasul Melayu’, sedangkan pengisytiharan itu palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam.

2 April 2008: Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Azanam kerana gagal hadir di mahkamah dan menghantar surat yang didapati menghina mahkamah.

5 Februari — 22 April 2008: Lima waran tangkap dikeluarkan ke atas Abdul Kahar kerana gagal hadir ke mahkamah, tetapi waran itu gagal disempurnakan kerana mendapat halangan dan Abdul Kahar gagal dijumpai.

23 April 2008: Hakim Syarie, Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Abu Zaky Mohamad menangguh perbicaraan kes Abdul Kahar Ahmad, 57, selepas dia gagal hadir.

Hakim mengarahkan kedua-dua penjamin Abdul Kahar memastikan dia hadir pada perbicaraan 28 Mei ini.

www.hmetro.com.my

Friday, September 4, 2009

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi
Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang
menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di
datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat
mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka
malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan
oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA
IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan
azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh
berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni
oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah,
maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG
TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan
rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang
dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh
malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya
dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat
berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang
dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG
IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan
para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,
setiap kali dia datang dia akan diusir, maka
menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG
SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang ! dari umatku berada di dalam
keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia
sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah
pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH
SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat
yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan
orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas
bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN
TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu
berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan
api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala
SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir
muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU
KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG
AYAT"