Saturday, September 12, 2009

Pihak Yang Benar -Kahar Ahmad-

Apakah bukti pihak Kahar Ahmad (Rasul Palsu Penuh Keraguan) ini berada di pihak yang benar sekiranaya Kahar sendiri yang mendustakan Surah Al-Israk yang memberi tahu kepada muslim seluruhnya tentang kebenaran Israk Mikraj Muhammad (saw).

Sila rujuk Surah Al-Israk iaitu perihal peristiwa Israk Mikraj Rasulullah (saw).

Yang terlibat dalam peristiwa bersejarah ini pastinya Allah (swt), Para Rasul, dan Malaikat Jibrail. Sekiranya persoalan demi persoalan Kahar tujukan mengenai Israk Mijraj Muhammad (saw), pastinya Kahar telah tersesat jauh. Kesesatan yang teramat pasti kerana Kahar telah meragui kesahihan Al Quran serta sudah hilang kepercayaan terhadap Allah (swt), Para Rasul dan Malaikat Jibrail yang turut terlibat di dalam peristiwa tersebut.

Rukun Iman (asas kepercayaan umat islam seantero dunia) mewajibkan kita mempercayai 6 Perkara iaitu:
  1. Percaya kepada Allah (swt)
  2. Percaya kepada Para Malaikat
  3. Percaya kepada Kitab-Kitab yang diturunkan
  4. Percaya kepada Para Rasul
  5. Percaya kepada Hari Kiamat
  6. Percaya kepada Qada' dan Qadar
Jika, Kahar sudah terang-terangan mendustakan Surah Al-Israk, Kahar telah jauh tersesat kerana dia telah tidak mempercayai Allah (swt), Para Rasul, Malaikat serta apa yang telah diturunkan di dalam kitab suci Al Quran. Masih Islamkah Kahar?

Yang Pasti, Kahar sudah terbatal Iman.

2 comments:

  1. assalamualaikum.saudara moslem,sy ucapkn thniah pada saudara.kerana saudara menghentam kahar gila dgn baik.teruskn...org mcm tu ptt di bunuh je.gila nk jadi rasul.dia tk berani berdebat,dia tk berani nk tunjuk muka,setakat buat blog dan merepek bkn2 bersama pengikut2nya yg smaa2 sesat dan gila.org mcm tu sbnrnya xblh dilayan.kita ckp la mcm mana pon,tkkn nk nya insaf dan terima.saudara moslem,salam ukhwah dari saya.

    ReplyDelete
  2. sebagai rasul terakhir, Nabi Muhammad s.a.w dinyataakan: "..tidak Aku utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam"...mafhum nas.

    jadi kenapa rasul melayu si kahar tu? rasul cina, rasul india, rasul matsaleh, rasul negro..dll? mengarut akibat kemasukan setan dia ni..murtad dia. semoga ad saat nanti dia bertaubat.

    ReplyDelete